6 pelajar pusat tahfiz selamat dalam kebakaran bilik asrama - Utusan Malaysia

6 pelajar pusat tahfiz selamat dalam kebakaran bilik asrama

KEADAAN bilik asrama yang terbakar di Pusat Tahfiz Dar al-Fawzan di Seri Iskandar dekat Parit hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Enam pelajar lelaki Pusat Tahfiz Dar al-Fawzan di Seri Iskandar dekat Parit terselamat dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, kebakaran melibatkan sebuah bilik di asrama yang mereka huni.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 4.46 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat atas berkeluasan 15×10 kaki persegi yang terbakar kira-kira 15 peratus.

“Seramai enam pelajar yang tinggal di asrama tersebut semasa kejadian itu berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dengan bantuan BBP Batu Gajah ke lokasi kejadian menggunakan satu aliran hos bagi memadam kebakaran.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.20 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN