ke naik

3,760 kes HFMD di Pahang 

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang membuat lawatan ke beberapa premis pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak di sekitar Kuantan, di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang merekodkan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak 3,760 kes setakat ini berbanding 233 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, jumlah kes berkenaan menunjukkan peningkatan sehingga 16 kali ganda.

Menurutnya, 95 peratus kes berlaku secara sporadik manakala 175 kes atau 4.7 peratus dikenalpasti hasil penularan di pusat asuhan.

“Sebanyak 3,375 kes membabitkan kanak-kanak berusia kosong sehingga enam tahun, 326 kes bagi kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun manakala 59 kes dalam kalangan individu berusia lebih 12 tahun termasuk 44 kes membabitkan pesakit berusia lebih 18 tahun.

“Majoriti kes pulih tanpa rawatan dan hanya 98 kes yang pernah dimasukkan ke hospital untuk pemantauan lanjut namun tiada kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) serta tiada kes kematian direkodkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat pemeriksaan dan pemantauan risiko di beberapa pusat asuhan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Nor Azimi berkata, sehingga semalam pihak jabatan telah melawat sebanyak 505 premis pusat asuhan di negeri ini.

Jelasnya, hasil lawatan dan pemeriksaan, 35 premis daripadanya diarah tutup segera mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala dua pusat jagaan harian membuat penutupan secara sukarela.

“Sejak peningkatan kes yang mendadak, pihak kami telah melaksanakan pemeriksaan ke sebahagian besar pusat asuhan di negeri ini dan telah melaksanakan sesi libat urus dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan itu.

“Pihak pengurusan pusat asuhan juga digalakkan untuk membuat saringan ‘gate keeping’ di pintu masuk atau tempat permainan dalam bangunan bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tiada tanda-tanda penyakit HFMD.

“Kita juga menyarankan pihak pusat asuhan melakukan proses nyahkuman secara rutin terutama membabitkan peralatan dan perkakas yang digunakan oleh kanak-kanak bagi mengurangkan risiko penularan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, setakat ini tiada kes penularan yang dilaporkan membabitkan pengasuh persendirian iaitu di rumah yang tidak berdaftar 

 

“Sekiranya berlaku kes penularan di rumah pengasuh persendirian pihak kami akan membuat pemeriksaan segera dan merujuk kepada JKM,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN