35 tahun masalah air Kampung Bukit Kuin selesai April tahun depan

35 tahun masalah air Kampung Bukit Kuin selesai April tahun depan

WAN ROSDY Wan Ismail secara simboliknya melakukan acara pecah tanah untuk kerja-kerja menarik taraf sistem bekalan air di Kampung Bukit Kuin di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Peruntukan berjumlah RM5.7 juta disalurkan untuk mengatasi masalah ketiadaan air di Kampung Bukit Kuin di sini, selepas 35 tahun penduduk di situ berdepan permasalahan tersebut.

Peruntukan khas itu disalurkan Kementerian Kewangan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di kampung itu dijangka siap April tahun depan.

Jelasnya, walaupun perlu menunggu lama kerajaan negeri memberi jaminan projek itu disiapkan mengikut jadual. 

“Kalau dapat siap lebih awal, lagi bagus kerana ia dapat memberi manfaat kepada penduduk di sini. 

“Saya sudah mengingatkan kepada kontraktor dilantik… kalau tak siap, kita ambil tindakan tegas,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air di Kampung Bukit Kuin, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan isu air yang dihadapi rakyat di negeri ini.

Jelasnya, rakyat diminta bersabar dengan isu air yang dihadapi sekian lama kerana ia merupakan masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

“Saya percaya penduduk di sini faham bahawa proses memperoleh peruntukan bukanlah mudah dan ada proses dilalui membabitkan kerjasama semua peringkat bermula daripada suara pemimpin setempat, ahli Dewan Undangan Negeri dan seterusnya ahli Parlimen. 

“Kebetulan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah Timbalan Menteri Kewangan, jadi ia sedikit sebanyak memudahkan proses itu,” katanya. 

Berdasarkan rekod Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), perkampungan tradisional itu mempunyai kira-kira 5,700 akaun dengan syarikat berkenaan. 

Sejak dua tahun lalu, lebih 100 laporan kebocoran paip dilaporkan dipercayai berpunca daripada sistem saluran paip yang sudah lama dan uzur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.