27 atlet Terengganu terima insentif Shake, Swara - Utusan Malaysia

27 atlet Terengganu terima insentif Shake, Swara

AHMAD Samsuri Mokhtar dan Wan Sukairi Wan Abdullah bersama barisan atlet anak negeri yang cemerlang di Sukan SEA Vietnam dalam majlis penyerahan insentif di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 27 atlet Terengganu menerima Insentif Skim Hadiah Kemenangan (Shake) berjumlah RM86,000 atas kejayaan meraih pingat dalam Sukan SEA ke-31 di Vietnam, bulan lalu.

Atlet berbasikal lebuh raya, Nur Aisyah Mohamad Zubir, muncul penerima insentif tertinggi sebanyak RM8,000 selepas meraih dua pingat perak menerusi acara individu dan berpasukan di samping satu gangsa dalam acara kriterium individu.

Selain itu, 30 lagi atlet, jurulatih dan pegawai anak negeri dalam pelbagai acara sukan turut diberikan Insentif Skim Wakili Negara (Swara) berjumlah RM57,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pencapaian atlet Terengganu pada temasya kali ini melebihi daripada sasaran ditetapkan.

“Acara seperti berbasikal lebuh raya khususnya menjadi antara penyumbang terbesar pingat kontinjen Malaysia selain muay thai yang tidak dijangka mampu meraih emas.

“Secara keseluruhan sebanyak RM143,000 diperuntukkan kepada 57 atlet, jurulatih dan pegawai yang menyertai Sukan SEA di Vietnam,” katanya selepas Majlis Penyerahan Insentif Shake Sukan Sea yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam majlis itu, kerajaan negeri turut mengumumkan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak sebagai ketua kontinjen Terengganu ke Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 di Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya