200 basikal klasik berhimpun di Melaka

200 basikal klasik berhimpun di Melaka

SEBAHAGIAN daripada peserta dengan pelbagai jenis basikal klasik yang akan digunakan pada Kayuhan Sulong 2022 Basikal Klasik Bukit Rambai, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 200 pemilik basikal klasik dari seluruh negara akan berhimpun bagi menyertai Program Kayuhan Sulung 2022 Basikal Klasik Bukit Rambai, Melaka pada 25 Jun ini.

Pengerusi program, Roslan Mohd. Salleh berkata, kayuhan anjuran bersama Kelab Asamboi Bikers dan Kelab Basikal Klasik Bukit Rambai itu juga turut disertai pemilik basikal klasik dari Si­ngapura, Thailand dan Indonesia.

Menurutnya, perhimpunan itu dijangka menarik lebih ramai lagi pemilik basikal klasik khususnya mereka yang tidak mempunyai kelab.

“Setakat ini, sebanyak 200 penyertaan daripada kelab-kelab seluruh negara, tetapi saya jangka lebih ramai lagi pemilik basikal klasik akan datang dan mungkin akan mencecah sehingga 300 penyertaan.

“Tujuan kita anjurkan program ini adalah untuk memperkenalkan Melaka sebagai destinasi pelancongan dengan banyak kesan sejarah sejak zaman Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kalangan pemilik basikal klasik.

“Laluan sepanjang 15 kilometer (km) akan dilalui peserta bermula dari Taman Rambai Utama, Klebang hingga ke Pulau Gadong dan di setiap tempat, peserta akan singgah untuk melawat pelbagai kesan sejarah dan produk pelancongan yang ada di sini,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia.

Ujarnya, antara kelab yang telah mengesahkan penyertaan ialah Basikal Klasik Sri Manjung, Klang Classic Bicycle Club, Kelab Basikal Klasik Perlis, Kelab Basikal Tua GB Teluk Intan, Kelab Basikal Tua Kelantan, Kelab Basikal Klasik Penang, Basikal Klasik Terengganu dan Basikal Tua Kuala Pilah.

“Pelbagai basikal klasik yang akan digunakan peserta antaranya paling popular ialah basikal posmen, Hercules, Raleigh, Airborne, Norton dan Triumph.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya