Warga emas maut kereta rempuh tembok jalan

Warga emas maut kereta rempuh tembok jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh tembok jalan di kawasan perumahan Blok A Palm Spring, Kota Damansara, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa berusia 55 tahun memandu seorang diri di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Honda CRV itu terbabas sebelum melanggar tembok kiri jalan di lokasi kejadian.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa  ke Hospital Thomson, Petaling Jaya sebelum disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamad Fakhrudin, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dimohon agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN