Wanita cedera terkena serpihan batu tembok dilanggar Perodua Myvi - Utusan Malaysia

Wanita cedera terkena serpihan batu tembok dilanggar Perodua Myvi

SEORANG wanita cedera di bahagian tengkuk selepas terkena serpihan batu tembok apabila sebuah kereta Perodua Myvi melanggar tembok di tempat letak kereta di tingkat empat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok dari tingkat empat tempat letak kereta di Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya mendapat panggilan tentang kejadian pada pukul 4.46 petang tadi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati seorang wanita berusia 40 tahun cedera di bahagian tengkuk akibat terkena serpihan batu tembok yang jatuh.

“Ia selepas sebuah kereta jenis Perodua Myvi melanggar tembok di tempat letak kereta di tingkat empat, hentian bas tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohamad, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.