Wajar pertimbang cadangan wujud zon kekal pengeluaran ayam - Ahmad Zahid

Wajar pertimbang cadangan wujud zon kekal pengeluaran ayam – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempertimbang cadangan mewujudkan zon kekal pengeluaran ayam di negara ini bagi membolehkan harga dapat distabilkan dan menjamin bekalan ayam. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berhubung bekalan ayam sudah lama diketahui sejak pandemik, tetapi belum dilihat mekanisme yang efisien untuk berdepan isu tersebut. 

Katanya, implikasi permasalahan bekalan ayam tentu tidak begitu teruk jika kementerian berkaitan bersama penternak mencapai titik persefahaman sebelum ini.

“Kita menyokong seruan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menguasai industri penternakan ayam bagi menangani isu berkenaan.

“Dalam masa yang sama cadangan Malaysia mewujudkan zon kekal pengeluaran ayam bagi menstabilkan harga dan menjamin bekalan ayam harus dipertimbang.

“Penyelesaian jangka panjang itu bukan hanya dikatakan menjimatkan banyak, malah mengekalkan kadar kompetitif pengeluaran ayam untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Persatuan penternak ayam sebelum ini mendakwa permasalahan bekalan ayam, harga bekalan dan kenaikan kos dedak tidak diselesaikan secara serius oleh kementerian yang bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya