Polis siasat video penunggang motosikal ganggu pengguna Jalan Temiang-Pantai - Utusan Malaysia

Polis siasat video penunggang motosikal ganggu pengguna Jalan Temiang-Pantai

TANGKAP layar rakaman video seorang penunggang motosikal menganggu pengguna jalan raya dalam kejadian di Jalan Temiang-Pantai di Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis kini menyiasat insiden penunggang motosikal yang mengganggu jalan raya di Jalan Temiang-Pantai dekat sini yang rakaman video berdurasi 11 saat kejadian tersebut tular di media sosial sejak malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama iaitu pada waktu tengah hari di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian.

RAKAMAN video seorang penunggang motosikal menganggu pengguna jalan raya dalam kejadian di Jalan Temiang-Pantai di Seremban, semalam. – MEDIA SOSIAL

“Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam.

“Bertindak atas rakaman yang diperoleh, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda menambah, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.

“Pihak polis sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di Jalan Temiang-Pantai bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku.

“Polis juga mengingatkan kepada semua pihak untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.