Tubuh jawatankuasa inkuiri khas siasat insiden kematian doktor pelatih HPP - Utusan Malaysia

Tubuh jawatankuasa inkuiri khas siasat insiden kematian doktor pelatih HPP

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa inkuiri khas berhubung insiden kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP), baru-baru ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penubuhan inkuiri berkaitan adalah penting bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut dan mengelakkan kisah sedih serupa berulang terutama melibatkan doktor-doktor pelatih di negara ini.

”Pada dasarnya, Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak berkenaan perlu segera tampil menjelaskan kejadian yang berlaku.

”Pada masa sama kementerian berkaitan perlu mengkaji serta merombak semula sistem pengurusan sedia ada sekiranya perlu terutama membabitkan tempoh masa penugasan doktor-doktor di institusi-institusi perubatan kini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan seorang doktor pelatih yang menjalani latihan di HPP maut selepas mayatnya ditemukan di bangunan di Jalan Datuk Keramat di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes disiasat sebagai mati mengejut.

Menurut Kon Yeow, Kementerian Kesihatan tidak wajar berdiam diri dan membiarkan perkara seperti itu berterusan.

”Strategi serta jalan penyelesaian yang wajar adalah perlu disegerakan demi jaminan sistem perubatan negara kita secara menyeluruh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN