SHAH ALAM: Tatkala umat Islam meraikan kemeriahan Aidilfitri, sambutan nyata suram bagi Abd. Razak Majit, 50, yang kehilangan isteri dan lapan anaknya dalam kemalangan hujung tahun lalu. Biarpun lebih empat bulan tragedi hitam itu berlalu, memori bersama semua insan kesayangannya masih kekal terutama detik indah berhari raya. Menurut Abd. Razak yang terselamat dalam nahas itu, dia tidak membuat sebarang persiapan raya kerana masih terkejut dan trauma. “Tidak mungkin saya dapat…