Trafik sesak seawal 9 pagi

Trafik sesak seawal 9 pagi

KEADAAN aliran trafik sesak berdekatan terowong Genting Sempah - Gombak berikutan terdapat kenderaan terbabas di KM 34 arah barat. - IHSAN LLMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Kesesakan lalu lintas dikesan sepanjang 24.4 kilometer (km) dari Kilometer 290.55 hingga Kilometer 333.6 melibatkan laluan Simpang Pulai dan Tapah di Lebuhraya Utara Selatan sejak 9 pukul pagi ini berikutan peningkatan aliran trafik dari arah utara menuju ibu kota.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan juga berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang ke arah Berapit sepanjang 5.2 km diikuti antara Gua Tempurung dan Tapah sepanjang empat km.

Sementara itu, aliran trafik tinggi di Lebuhraya Utara Selatan ke selatan dari Juru Autocity ke Plaza Tol Juru sepanjang 2.2 km dan Jawi ke Bandar Baharu 3.2 km.

Anih Berhad pula melaporkan trafik di bahagian timur turut menunjukkan kesesakan di LPT2 (arah selatan) sebelum masuk Plaza Tol Kuala Terengganu dari pusat bandar sejauh satu km.

Laluan Kuala Lumpur-Karak arah barat turut menunjukkan kesesakan antara Lentang ke Bukit Tinggi sepanjang 8.7 km diikuti sebelum keluar Plaza Tol Gombak sejauh 1.4 km.

Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 bagaimanapun berjalan lancar dari kedua-dua arah buat masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN