Tol percuma hujung minggu, tingkatkan trafik ke ibu negara

Tol percuma hujung minggu tingkatkan trafik ke ibu negara

PEMANDANGAN laluan persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong terus ke Bukit Tinggi sepanjang 27.7 km pukul 1 petang ini. - IHSAN LLM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tol percuma dan diskaun tol yang diberi sempena sambutan Aidilfitri ini digunakan sebaik mungkin oleh pengguna jalan raya yang pulang semula ke ibu negara  hujung minggu ini.

Keadaan itu sekali gus mendorong kepada aliran trafik tinggi di Bukit Tinggi ke Genting Sempah sepanjang 9.8 kilometer (km) manakala Karak ke Plaza Tol Bentong (14.1km) diikuti Plaza Tol Bentong ke Lentang (13.7km).

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan di KM133.1 arah Utara, Juru ke Sg. Dua mengakibatkan lorong kecemasan terhalang dan trafik bergerak perlahan.

Sementara itu, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik perlahan 20 km arah Utara dari Pedas Linggi ke Port Dickson (U) melibatkan banyak kenderaan hingga trafik juga perlahan di Jalan Persekutuan.

Aliran trafik tinggi turut dilaporkan di laluan arah selatan, Machap ke Simpang Renggam sepanjang 6.6 km diikuti Simpang Renggam ke Hentian Simpang Renggam S 7.4 km, dan Hentian Simpang Renggam S ke Sedenak 0.8 km serta Sedenak ke Hentian Kulai S 2.5 km.

Sementara itu, Anih Berhad melaporkan, keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 berjalan lancar dari kedua-dua arah.

Bagaimanapun, berlaku kesesakan di 4.6 km dari KM76.9 hingga KM72.3 di Karak, diikuti 11.4 km dari KM71.5 hingga KM60.1 laluan Karak ke Bentong, manakala kesesakan 9.8km dari KM59 hingga KM49.2 laluan Lentang ke Bukit Tinggi berpunca pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN