BAGAN SERAI: Tiga lelaki warga Indonesia berbasikal sejauh lebih 14,000 kilometer dari negara mereka untuk ke Mekah menunaikan haji tahun ini. Mereka terdiri daripada Andi Harvin, 26, Chairul Ma’atini, 27, dan Muhammad Fauzan Suyitno, 28, yang memulakan kayuhan dari negara mereka pada 6 Jun tahun lalu. Ketua ekspedisi, Andi, yang berasal dari Gorontola, Sulawesi Tengah berkata, dia sudah lama berhasrat menunaikan haji namun dipendamkan kerana kekangan kewangan. Katanya, walaupun berusaha…