Tiga lelaki melecur kotak suis terbakar 

Tiga lelaki melecur kotak suis terbakar 

KEADAAN  lelaki yang cedera selepas sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan meletup dan terbakar di Jalan Damanlela, Bukit Damansara. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki cedera selepas sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan meletup dan terbakar di Jalan Damanlela, Bukit Damansara, dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan seorang mangsa melecur 80 peratus di bahagian badan manakala dua lagi cedera 30 dan sembilan peratus.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur S. Thirugaiyah Saminathan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 11.26 pagi ini seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian. 

Kata beliau, seramai 11 anggota bersama dua  jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat kebakaran melibatkan sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan. 

“Bagaimanapun, api telah padam setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.