Tiga individu didakwa bunuh lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang - Utusan Malaysia

Tiga individu didakwa bunuh lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang

TIGA individu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian tembakan di sebuah hotel di Bukit Bintang, minggu lalu.

T. Muniswaran, S. Katharavello dan Zulbihar Ali Khan Kamaldin didakwa secara bersama kerana membunuh S. Prabah, 49, di Hotel Capitol, Jalan Bulan Off Jalan Bukit Bintang di sini di antara pukul 6.05 petang dan 6.40 petang, 3 Mei lalu.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 13 Julai untuk sebutan kes dan serahan laporan kimia.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur mengendalikan pendakwaan manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 5 Mei lalu, polis berkata, mangsa ditemukan mati ditembak dalam sebuah bilik hotel yang didakwa berpunca daripada urusan jual beli dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya mendapati lelaki itu berada di hotel bersama tiga lelaki lain.

Katanya, hasil semakan mendapati mangsa yang berasal dari Johor itu mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah, culik dan bunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya