Tiga cadangan pemerkasaan governans, integriti, Antirasuah - Utusan Malaysia

Tiga cadangan pemerkasaan governans, integriti, Antirasuah

WAN Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan pertemuan dengan Mohd. Sallehhuddin Hassan bersama pegawai GIACC dan Biro Pengaduan Awam (BPA) di pejabatnya, di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga cadangan pembaharuan berkaitan governans, integriti dan antirasuah akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) sebelum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dengan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin Hassan bersama pegawai GIACC dan Biro Pengaduan Awam (BPA).

Beliau berkata, tiga cadangan yang dibentangkan dalam pertemuan itu iaitu Hala Tuju Dasar berhubung Penggubalan Rang Undang- Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Dua lagi katanya, status terkini Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023; dan Cadangan Pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance).

“Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah status terkini RUU Ombudsman yang dicadangkan untuk dibentangkan kepada kerajaan pada tahun ini.

“Bagaimanapun, saya meminta penelitian diberikan kepada aspek dasar penubuhan Ombudsman tersebut bagi memastikan keberkesanan undang-undang berkaitan Ombudsman kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau juga menyarankan supaya hebahan berhubung usaha membanteras rasuah terus dipertingkat semua agensi kerajaan.

“Ia bertujuan bagi membentuk persepsi positif terhadap keseriusan kerajaan dalam membendung rasuah, sekali gus berupaya meningkatkan prestasi negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.