Tiga AJK lantikan Pemuda UMNO Langkawi ditamatkan perkhidmatan

Lima AJK lantikan Pemuda UMNO Langkawi ditamatkan perkhidmatan

AHMAD MARZUKI SHARI'AT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Langkawi mendakwa tindakannya menamatkan perkhidmatan lima Ahli Jawatankuasa (AJK) lantikan bahagian itu termasuk seorang penolong setiausaha mengikut perlembagaan parti.

Ahmad Marzuki Shari’at berkata, penamatan perkhidmatan AJK lantikan yang berkuat kuasa esok terpaksa dilakukan berikutan kelima-lima mereka didakwa cuba mengkhianatinya.

“Selain itu, mereka juga tidak sehaluan dan mereka didapati memecah belah perpaduan dalaman Pemuda di bahagian itu,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Marzuki memberitahu, mereka dilantik oleh beliau sendiri bagi membantu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi.

“Ketua bila buat pemilihan, dia ada veto, dia boleh lantik lima lagi lantikan termasuk penolong setiausaha. Sebab kena cari yang betul-betul boleh buat kerja dengan saya. Kalau tidak institusi tidak bergerak. 

“Pada mulanya mereka dilantik sebab boleh buat kerja dan boleh bekerja sekali. Bila tak boleh, kenalah tamatkan lantikan,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan itu juga diambil bagi menguatkan parti terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, katanya, beliau selepas ini akan melantik muka baharu yang ingin berkhidmat kepada parti.

“Pemuda UMNO Langkawi akan melantik muka-muka baharu agar terus relevan dan diterima masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya