Tidak benar pinda perlembagaan selamatkan Zahid - Utusan Malaysia

Tidak benar pinda perlembagaan selamatkan Zahid

Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO pada penggulungan Persidangan Agung UMNO 2021. -Gambar AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menafikan yang keputusan meminda perlembagaan supaya pemilihan diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) bagi menyelamatkan kedudukannya adalah tidak benar.

Beliau berkata, keputusan tersebut adalah merupakan usul di peringkat bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

“Saya mendengar adanya suara-suara di kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamatkan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar.

“Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepimpinan tertinggi parti, berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian.

“Pindaan ini adalah manifestasi suara akar umbi. Saya yakin saudara saudari sekalian hendak melihat parti kita kukuh dan berpadu. Adat memimpin, apa pun yang datang, bahtera perlu diselamatkan. Walau diri terkorban, namun bahtera jangan dibiarkan karam,” katanya ketika berucap dalanlm Perhimpunan Agung Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Tegas Ahmad Zahid, pindaan Perlembagaan kali ini akan memberi ruang kepada pasukan untuk memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya-pilihan raya Umum.

“Dengan mengabsahkan pindaan hari ini, saudara-saudari sekalian adalah pasukan yang akan membawa parti menghadapi PRU ke-15,” ujarnya lagi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.