Terus khidmat dekati rakyat, bukan tawar jadi calon - Noh - Utusan Malaysia

Terus khidmat dekati rakyat, bukan tawar jadi calon – Noh

NOH Omar memotong belon dan menandatangani plak sebagai gimik perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan Galeri Hoki SMK Pengkalan Permatang di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pemimpin politik terutama di Selangor diingatkan terus berkhidmat mendekati rakyat dan bukannya menawarkan diri sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, soal mana-mana individu mahu menjadi calon mewakili parti itu tidak sepatutnya timbul ketika ini.

“Ini bukan masa untuk melobi menjadi calon kerana bagi saya, kita perlu turun padang jika melibatkan rakyat. Soal calon ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti dan semua pemimpin perlu terus bekerja untuk rakyat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Galeri Hoki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang, semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo mengesahkan hasrat bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besar dan bercita-cita mahu mengembalikan semula kerusi tersebut kepada UMNO/Barisan Nasional (BN).

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu memaklumkan bahawa beliau yakin dengan penerimaan dan sokongan kuat masyarakat tempatan terhadapnya.

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, soal calon akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, pemimpin seharusnya mengambil kesempatan bertemu rakyat dalam usaha memastikan UMNO kembali berkuasa di negeri ini.

“Kita di Selangor sudah tiga kali kalah dalam PRU dan inilah masa untuk kita dekati dan mengembalikan kepercayaan rakyat di negeri ini. Saya berharap semua pemimpin dapat mengukuhkan perpaduan dan paling teruskan khidmat kepada rakyat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya