Terlanggar motosikal rakan, penunggang maut digilis treler - Utusan Malaysia

Terlanggar motosikal rakan, penunggang maut digilis treler

MANGSA diangkat ke atas kenderaan polis untuk dihantar ke hospital dalam kemalangan maut membabitkan dua buah motosikal di Kilometer 57.5, Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 57.5, Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Zulkifli Kamaruddin dipercayai melanggar motosikal rakannya yang berusia 23 tahun ketika dalam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Hasil siasatan polis, pergerakan motosikal itu secara konvoi dari Bandar Pusat Jengka dan ketika tiba di tempat kejadian mangsa telah melanggar motosikal rakannya di hadapan.

“Akibat pelanggaran itu, menyebabkan Zulkifli terjatuh dan kemudiannya digilis oleh sebuah lori treler yang berada di laluan sebelah kiri. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau seterusnya menasihatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal supaya menunggang secara berhati-hati dan berhemah.

“Bagi yang menunggang secara berkonvoi wajarlah mematuhi undang-undang jalan raya termasuk kenderaan atau motosikal yang ditunggang diselenggara dengan baik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya