bekas banduan

Tenunan bekas banduan teroka pasaran London

MD. GHAFAWI Mat Said (kiri) menunjukkan sebahagian kain hiasan dinding yang sedang ditenun dan akan dipamerkan di dinding Suruhanjaya Malaysia di London sempena London Craft Week di London. Ia turut disaksikan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan). -IHSAN/ISTANA NEGArA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ketika mula dimasukkan ke Penjara Penor di sini sembilan tahun lalu, banduan, Md. Ghafawi Mat Said, 52, merasakan kehidupannya telah mati.

Namun sangkaannya meleset apabila kehadiran Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah saban hari ke penjara itu memberikan sinar baharu kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

Anak kelahiran Bentong, dekat sini itu mula mengenali seni tenunan ketika dalam penjara dan mempelajarinya sehingga menjadi salah seorang penenun mahir.

Kini, Md. Ghafawi diberikan pekerjaan tetap dan dibawa ke London bagi mempromosikan Tenun Pahang Diraja di London Craft Week yang berlangsung pada 9 Mei lalu hingga 14 Mei ini.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, beliau menjunjung kasih buat Tunku Azizah yang memberinya ‘kehidupan’ baharu sejak dalam penjara bermula 2013.

“Sejak dikenalkan dengan seni tenunan oleh Tunku Azizah, saya belajar bersungguh-sungguh untuk menenun.

“Saya perlu fokus, saya perlu mengira benang. Bayangkan sehari seinci kain sahaja mampu ditenun ketika itu. Demi Tuanku (Tunku Azizah) saya mahu lakukan yang terbaik,” katanya di sini semalam.

Md. Ghafawi antara 10 peserta mewakili Yayasan Tenun Pahang Diraja yang pengasasnya adalah Tunku Azizah ke London bagi menyertai pameran tersebut.

Beliau akan menenun secara langsung di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London sepanjang acara itu berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN