Tengku Hasanal mahu kerja bersih, dalamkan sungai dilaksana segera

Tengku Hasanal mahu kerja bersih, dalamkan sungai dilaksana segera

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerja-kerja pembersihan di semua sungai dan saliran cetek dan banyak berlaku mendapan ekoran musibah banjir yang berlaku di seluruh negeri ini perlu segera dilaksanakan. 

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kerja-kerja tersebut perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan Pusat sebelum negara memasuki musim Monsun Timur Laut hujung tahun ini.

“Pada 2021, negeri ini dilanda banjir sebanyak dua kali iaitu pada awal dan akhir tahun. Beberapa siri kejadian banjir kilat juga telah berlaku disebabkan oleh hujan yang terlalu lebat.

“Kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai ini juga perlu dilakukan bukan sahaja di kawasan Janda Baik, malah di semua sungai dan saliran yang telah cetek dan banyak mendapan di seluruh Negeri akibat kejadian banjir tersebut,” titah baginda dalam kenyataan di sini hari ini.

Tengku Hassanal bertitah, baginda telah menziarahi mangsa banjir di kawasan Janda Baik, Bentong pada 13 Mei lalu.

“Selain menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir, saya juga melawat kawasan banjir dan mendengar persembahan taklimat tentang tindakan susulan segera tebatan banjir bagi mengurangkan risiko banjir.

“Saya mengambil maklum hujan lebat luar biasa pada 11 Mei lalu dengan kelebatan 87.5 milimeter selama tiga jam bermula pukul 4 pagi di Bentong mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan seperti di Kampung Janda Baik, Kampung Sum-Sum, Kampung Cheringin, Kampung Chemperoh, dan Kampung Lampin.

“Justeru, saya bertitah agar kerajaan negeri bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) supaya menyegerakan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca utama banjir kilat ini berlaku,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah agar disegerakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bentong serta Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di Bentong, termasuk pembinaan Stesen Telemetri dan Stesen Amaran Banjir di huluan kawasan Janda Baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya