Tembok pagar masjid roboh dilanda banjir - Utusan Malaysia

Tembok pagar masjid roboh dilanda banjir

RAZALI Md. Zin menunjukkan tembok pagar Masjid Kariah Kampung Kabung, Inas, Johol, Kuala Pilah yang roboh dalam kejadian banjir di perkampungan berkenaan kelmarin. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Tembok pagar Masjid Kariah Kampung Kabung, Inas, Johol di sini, roboh dalam kejadian banjir yang berlaku di perkampungan berkenaan, kelmarin.

Siak masjid berkenaan, Razali Md Zin, 71, berkata, sebelum ini banjir pernah berlaku di masjid berkenaan namun hanya setinggi kurang satu meter.

Bagaimanapun menurutnya, banjir kelmarin agak berbeza selepas air sungai melimpah dan naik ke masjid setinggi dua meter sehingga menyebabkan banyak barangan masjid rosak.

“Tembok pagar masjid juga roboh disebabkan arus air yang terlalu deras. Mujur dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu tiada perkara lebih buruk berlaku.

“Sudah hampir 30 tahun saya menjadi siak di sini dan ini merupakan kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Razali dalam pada itu memberitahu, dia sedikit lega apabila kejadian berkenaan segera mendapat perhatian pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Pegawai dan petugas JHEAINS telah turun padang dengan turut membantu membersihkan masjid,” katanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN