Tak sempat beraya, remaja maut dilanggar kereta, tercampak 15 meter - Utusan Malaysia

Tak sempat beraya, remaja maut dilanggar kereta, tercampak 15 meter

MAYAT Nurul Shafeena Mohd. Hasmawi tercampak sejauh 15 meter dalam kemalangan di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perjalanan dua sahabat pergi beraya dengan menaiki motosikal berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam nahas di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Nurul Shafeena Mohd. Hasmawi, 16, yang membonceng motosikal itu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Rakannya, Nurul Atiqah Musa, 16, terselamat, namun mengalami kecederaan parah di kaki dan kini dirawat di zon merah Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Pekan Kuala Sungai Baru ke Kuala Linggi.

“Setiba di lokasi, motosikal ditunggang remaja ini telah melanggar Toyota Corolla dipandu pesara tentera berusia 77 tahun yang membelok dari simpang kedai runcit untuk ke Pekan Kuala Sungai Baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arshad berkata, pelanggaran itu menyebabkan Nurul Shafeena tercampak ke hadapan sejauh 15 meter.

“Pemandu kereta tersebut bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan lurus, dua hala dan mempunyai simpang untuk ke kedai runcit, manakala keadaan cuaca tidak hujan,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.