Tak boleh ambil alih Sapura Energy sewenang-wenang - Mustapa

Tak boleh ambil alih Sapura Energy sewenang-wenang – Mustapa

MUSTAPA Mohamed (kanan) mendengar taklimat disampaikan berhubung pembinaan Jambatan Sungai Nibong, Kuala Balah di Jeli, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Prestasi kewangan negara perlu diambil kira sebelum Petronas membuat keputusan mengambil alih Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) bagi mengelak syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) itu muflis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun tidak melibatkan kerajaan, sebarang tindakan sedemikian masih perlu diteliti kerana Petronas adalah milik kerajaan.

“Kita cukup faham berhubung industri minyak dan gas yang merupakan satu industri strategik dan Sapura adalah sebuah syarikat terbesar di dunia dalam perkhidmatan minyak dan gas ini.

“Namun terdapat banyak industri yang terjejas termasuklah perkhidmatan minyak dan gas sama ada daripada syarikat kecil atau besar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perasmian Projek Jambatan Sungai Nibong, Kuala Balah, di sini hari ini.

Jambatan Kuala Balah bernilai RM10.17 juta yang bakal dibina memberi kelegaan kepada lebih 6,000 penduduk yang sebelum ini terpaksa menggunakan bot untuk berulang-alik merentasi sungai.

Media semalam melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan cadangan supaya Petronas mengambil alih Sapura Energy sebagai langkah untuk menyelamatkan syarikat itu tanpa membabitkan satu sen pun wang kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya