Suami mati tergantung, isteri cedera akibat bebanan hutang

Suami mati tergantung, isteri cedera akibat bebanan hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik air di sebuah unit rumah pangsa di Taman Desa Botani di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, isterinya yang berusia 50 tahun pula ditemukan dalam keadaan lemah dengan kesan kelar pada kedua-dua belah tangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati kejadian bunuh diri dan cubaan bunuh diri itu berpunca daripada tekanan beban hutang.

“Si suami yang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di dalam ruang tandas di bilik utama rumah.

“Manakala isterinya cedera pada kedua-dua tangan dengan kesan kelar dipercayai menggunakan pisau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrulanuar berkata, hasil siasatan mendapati pasangan itu menjalankan perniagaan produk kecantikan.

Jelasnya, akibat tertekan dengan beban hutang yang tinggi mendorong mereka bertindak di luar kewarasan.  

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini untuk bedah siasat dan isterinya turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut laporan kes mati mengejut dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.