Spesimen mayat pendaki Hutan Simpan Gunung Suku dirujuk Jabatan Kimia - Utusan Malaysia

Spesimen mayat pendaki Hutan Simpan Gunung Suku dirujuk Jabatan Kimia

MIOR FARIDA ALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Spesimen daripada anggota tubuh manusia yang dijumpai di kawasan dua pendaki wanita dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Suku di sini, akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sampel itu dirujuk ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya bagi pengesahan identiti mangsa kedua dipercayai See Su Yen, 32.

Katanya, laporan perbandingan cap jari bagi anggota tubuh manusia disyaki milik mangsa kedua menunjukkan cap jari yang ditimbulkan tiada dalam rekod pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Semua spesimen DNA manusia yang dikumpulkan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sepanjang operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan, akan dihantar ke Jabatan Kimia.

“Proses itu bagi tujuan pengesahan identiti mangsa kedua,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu, Mior Farid berkata, penemuan mayat yang dijumpai semasa operasi mencari dan menyelamat Ahad lalu, disahkan milik Ng Yee Chew, 46, iaitu pendaki yang dilaporkan hilang dalam tragedi kepala air itu.

Katanya, pengesahan identiti itu berdasarkan pemadanan ciri-ciri fizikal gigi pada mayat dan rekod rawatan pergigian mangsa melalui bedah siasat yang dijalankan pakar forensik pergigian dari Hospital Kuala Lumpur, semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Yee Chew kerana pelbagai kecederaan akibat tanah runtuh. Mayat mangsa telah pun diserahkan kepada waris semalam,” katanya.

Menerusi laporan media 15 Mei lalu, dua pendaki wanita dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 27 individu lain di Hutan Simpan Kekal unung Suku.

Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya