SOP kenderaan mikromobiliti diumum tak lama lagi - Ka Siong

SOP kenderaan mikromobiliti diumum tak lama lagi – Ka Siong

mca
WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) penggunaan kenderaan mikromobiliti dalam tempoh masa terdekat. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ia susulan rungutan orang ramai berikutan larangan terhadap penggunaan kenderaan itu di atas jalan raya berkuat kuasa sebelum ini.

“Kerajaan memahami keperluan dan peranan penting yang boleh dimainkan menerusi penggunaan kenderaan mikromobiliti.

“Sebab itu, pelan dan garis panduan yang komprehensif merangkumi pelbagai kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kini berada di peringkat akhir untuk disiapkan dan ia akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini menetapkan tiga jenis kenderaan termasuk Moped,skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia dan alat bantuan pergerakan peribadi dilarang penggunaannya di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta. 

Larangan penggunaan kenderaan itu adalah berdasarkan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikrobiliti Tertentu 2021 yang berkuat kuasa pada 17 Disember tahun lalu. 

Denda RM300 boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menggunakan kenderaan itu di atas jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN