Skandal 1MDB: Kerja belum selesai - Azam Baki 

Skandal 1MDB: Kerja belum selesai – Azam Baki 

AZAM Baki (tiga kanan) bersama Pengerusi Institut Strategi Antarabangsa (ISI), Cheah Chyuan Yong (dua kiri) bergambar selepas merasmikan Forum Anti Rasuah Malaysia Kali Ke-3 2022 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan usaha bagi mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dilakukan dan belum selesai. 

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, selain aset yang perlu dikembalikan semula, dalang yang terbabit dalam skandal kewangan itu perlu menerima hukuman setimpal atas jenayah yang dilakukan itu. 

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah mendapatkan semula sejumlah RM14 bilion daripada pelbagai pihak pada 2020 dan RM5.11 bilion lagi pada 2021.

“Kerja belum selesai dan kami terus berusaha mendapatkan semula aset  berkenaan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antirasuah Malaysia ke-3 (MACF) di sini, hari ini. 

Katanya, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan rakan sejawatan di luar negara bagi mendapatkan semula aset 1MDB berkenaan. 

Azam berkata, pengalaman Malaysia mengendalikan dan memulihkan sejumlah besar aset seperti ini secara berterusan mendapat pujian daripada badan-badan antarabangsa. 

Menurutnya, SPRM berkongsi pengalaman yang tidak ternilai ini dalam pelbagai platform peringkat antarabangsa  khususnya dalam menguruskan siasatan yang merentasi banyak benua dan pelbagai jenis aset. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN