Simposium: Angkat bidang yang sesuai dengan bahasa Melayu

Simposium: Angkat bidang yang sesuai dengan bahasa Melayu

AWANG SARIYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk mengangkat bidang-bidang yang sesuai menggunakan bahasa Melayu dalam usaha untuk mengantarabangsakan bahasa kebangsaan itu.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, ia boleh dilakukan menerusi pemetaan atau penelitian terhadap bidang-bidang yang banyak menggunakan bahasa Melayu.

“Baik dalam ilmu tanzil, agama, falsafah, sains sosial, kemanusiaan, kita perlu kenal pasti bidang-bidang itu dengan memberi tumpuan dan mengangkat tamadun dan bahasa Melayu.

“Ini menjadikan perkembangan globalisasi lebih seimbang, kerana globalisasi ketika ini hanya dari Barat ke Timur tetapi bagaimana peranan orang Timur ke Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama 3: Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu sempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Namun, katanya, sebarang usaha ke arah itu memerlukan komitmen yang konkrit dari kerajaan.

“Di Taiwan, mereka ada peratusan peruntukan dalam belanjawan negara untuk industri buku. Jadi kita mesti contohi gerakan sebegini, dalam memberi perhatian terhadap pembinaan ilmu negara.

“Kita perlukan dukungan dari segi kewangan dari kerajaan, insya-Allah ini akan jadi resolusi penting simposium ini, kita perlukan dana yang cukup demi membangunkan negara berteraskan ilmu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya