Simpan stok ayam langkah hadapi krisis

Simpan stok ayam langkah hadapi krisis

ABDUL Aziz Imran menyediakan nasi ayam untuk pelanggan di gerainya di Seksyen 6, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peniaga-peniaga kedai makanan di sekitar bandar raya ini mengambil inisiatif menyimpan lebih banyak bekalan ayam sebagai langkah persediaan menangani masalah kekurangan bahan makanan itu, akhir-akhir ini.

Pemilik sebuah gerai nasi ayam di Seksyen 6, Abdul Aziz Imran berkata, dia diberitahu pembekalnya mengenai bekalan ayam yang semakin tidak menentu untuk beberapa hari.

“Mendengar perkara itu, saya sudah simpan beberapa ekor ayam. Pembekal ada hantar beberapa ekor ayam, tapi jumlahnya tidak banyak,” katanya ketika ditemui di gerainya di Seksyen 6, di sini, semalam.

Jelasnya, dia menyedari krisis bekalan ayam yang dikatakan berlaku bermula semalam, namun yakin simpanan bekalannya mencukupi bagi memastikan perniagaan dapat terus beroperasi.

Menurut Abdul Aziz, dia yakin dengan bekalannya apabila jumlah pelanggan tidak ramai pada hujung minggu ketika bulan Syawal, disebabkan mereka menghadiri majlis rumah terbuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Paling banyak saya masak 60 ekor ayam untuk juadah nasi ayam. Tetapi saya tidak masak 60 ekor ayam itu sekali gus. Sekiranya pelanggan ramai, saya masak sebagai langkah persediaan,” ujarnya.

Hal sama turut dilakukan oleh seorang peniaga nasi ayam, Jasmah Abdul Hadi yang menyimpan stok ayam sebagai persediaan awal selepas pembekalnya memaklumkan kekurangan bekalan sejak Khamis lalu.

“Saya yakin stok yang disimpan cukup sehingga semalam. Apapun, harap ada jalan penyelesaian di antara kerajaan dengan pembekal ayam berhubung isu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.