Sidang ASEAN-AS permulaan ekonomi serantau mampan, inklusif

Sidang ASEAN-AS permulaan ekonomi serantau mampan, inklusif – Ismail Sabri

PERDANA Menteri (dua. kanan) bersama pemimpin negara ASEAN sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang diadakan di Washington D.C merupakan titik permulaan untuk ekonomi serantau yang lebih inklusif dan mampan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri berkata, negara-negara ASEAN melihat jauh ke hadapan kebergantungan hubungan dengan AS. 

Kata beliau, negara-negara ASEAN juga memaksikan kerjasama ASEAN-AS sebagai landasan strategik. 

“Ini adalah bagi mengkaji serta meneroka bidang kerjasama bagi memperkukuh hubungan dan kerjasama sedia ada demi masa hadapan yang lebih baik untuk negara dan rakyat Malaysia.

“Seiring ulang tahun ke-45 hubungan diplomasi ASEAN dan Amerika Syarikat, pertemuan ini diharapkan dapat membawa impak positif terhadap diplomatik, dagang dan ekonomi kepada Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, sidang khas itu melibatkan pemimpin ASEAN yang lain antaranya Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. 

Selain itu, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh serta Perdana Menteri Laos, Dr. Phankham Viphavanh.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN