Shahanim selar kenyataan Armada

Shahanim selar kenyataan Armada

SHAHANIM Mohamad Yusoff melayani kanak-kanak yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sungai Petani, di Sungai Petani, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI:  UMNO Bahagian Sungai Petani menyelar kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang menggesa  jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang dikosongkan Datuk Zuraida Kamaruddin, diserahkan kepada Bersatu.

Ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, kenyataan tersebut sangat tidak wajar kerana lantikan ahli Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Kenyataan (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) itu adalah tidak wajar kerana bersifat provokasi, biarlah Perdana Menteri yang tentukan siapa yang beliau nak lantik sebagai Jemaah Menteri.

“Pelantikan jawatan ahli Kabinet adalah kuasa prerogatif dan hak mutlak seorang Perdana Menteri, orang lain tak perlu nak sibuk atau desak kerana ia sangat tidak manis,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sungai Petani, di sini hari ini.

Yang hadir  sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pengerusi Mara Corp., Senator Datuk Othman Aziz.

Beliau mengulas tentang kenyataan Ketua Armada itu bahawa jawatan yang dikosongkan ekoran keputusan Zuraida untuk keluar daripada Bersatu wajar dikembalikan kepada parti tersebut.

Katanya, tindakan itu adalah kerana kedudulan penyandang jawatan itu merupakan kuota daripada Bersatu.

Ketika ditanya tentang persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Shahanim, jentera UMNO Sungai Petani sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Insya-Allah kami di Sungai Petani sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya kerajaan bertindak membubarkan Parlimen.

“Terserah pada pucuk pimpinan parti bila nak adakan PRU. Apa yang pasti UMNO Sungai Petani akan memastikan kerusi parlimen ini dapat dirampas semula sekaligus nasib rakyat di Sungai Petani terus terbela,” tegasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya