Sertai Tentera Darat penuhi impian arwah ibu

Sertai Tentera Darat penuhi impian arwah ibu

MUHAMMAD Rabbani Mohd. Soberi (dua dari kanan) dan adiknya Ahmad Firdaus (dua dari kiri) bersama bapa mereka (tengah) selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 194/21 dan Wanita Siri 47/21 di Port Dickson, semalam.– FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Dua beradik dari Kepala Batas, Pulau Pinang ak­hir­nya berjaya memenuhi im­pian arwah ibu mereka yang mahu kedua-duanya menyertai pasukan Tentera Darat.

Ia selepas kedua-dua mereka menamatkan latihan sebagai Perajurit Muda Tentera Darat yang majlis Perbarisan Tamat Latihan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194/2021 dan Wanita Siri 47/2021 berlangsung di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini semalam.

Kedua-dua mereka ialah Muhammad Rabbani Mohd. Soberi, 25, yang merupakan anak ketiga dan Ahmad Firdaus Mohd. Soberi, 20, yang merupakan anak keempat daripada empat adik beradik.

Menurut Muhammad Rabba­ni, dia sebelum ini bekerja di sebuah kilang selama beberapa tahun dan memohon menyertai pasukan beruniform itu pada tahun lalu selepas arwah ibu, Norhati Mat Saad meninggal dunia pada 25 Jun 2020 kerana sakit barah hati.

“Alhamdulillah, hari ini saya menamatkan latihan bersama adik saya dan kami berjaya mencapai impian arwah ibu yang mahu saya menyertai tentera mengikut jejak langkah abang saya yang juga anggota tentera ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Sementara itu, bapanya, Mohd. Soberi Abdul Manab, 63, berkata, dia yang datang dari Kepala Batas bersama anak sulungnya, Muhammad Wafiy Mohd. Soberi, 31, berasa bangga untuk melihat kedua-dua anaknya itu menamatkan latihan sebagai Perajurit Muda.

“Alhamdulillah saya bangga melihat mereka berdua dan ki­ni, tiga orang anak saya sudah bergelar tenterai,” kata pesara guru.

Muhammad Wafiy kini ber­khidmat di 31 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kem Tun Ibrahim, Kajang, Selangor.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain yang menyempurnakan majlis tersebut berkata, pasukan itu sentiasa menggalakkan penyertaan go­longan muda yang mempunyai pelbagai kelulusan pelajaran selain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya