Seorang maut, seorang cedera nahas libatkan 13 kenderaan - Utusan Malaysia

Seorang maut, seorang cedera nahas libatkan 13 kenderaan

SEORANG maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan 13 buah kenderaan di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang penunggang lain cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Tang Hai Kok, 46, dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Seorang wanita warga emas, Liew Siuw Yong, 64, pula mengalami luka di bahagian bahu dan kaki kiri akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Lee Chong Chern berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler melanggar 12 buah kenderaan lain dalam kedudukan sebaris selepas mengalami kegagalan brek.

Katanya, pemandu treler berusia 28 tahun itu ditahan dan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya didapati negatif.

“Ketika ini, polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan kerana tidak terdapat rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain treler dan dua buah motosikal, 10 kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu ialah tujuh buah kereta serta masing-masing sebuah van; kenderaan utiliti sukan (SUV) serta kenderaan pacuan empat roda.

Menurut beliau, mayat mangsa yang terbunuh dihantar ke Hospital Sungai Bakap di sini untuk bedah siasat manakala kenderaan yang rosak dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya