Sebuah lagi PPS ditutup di Pontian

Sebuah lagi PPS ditutup di Pontian

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang yang menempatkan 32 mangsa daripada 7 keluarga ditutup pada pukul 4 petang ini.

Proses itu menjadikan dua buah PPS yang dibuka bagi penempatan mangsa banjir telah ditutup setelah PPS di SK Seri Bunian turut ditutup pada pukul 6 petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, kini hanya tinggal 19 mangsa daripada 4 keluarga dari Kampung Sri Gambut masih ditempatkan di PPS SK Melayu  Raya.

Sebelum ini ketiga-tiga PPS berkenaan menempatkan 31 keluarga dengan 168 mangsa banjir apabila hujan lebat berlaku pada hari kedua Aidilfitri menyebabkan beberapa buah kampung dilanda banjir.

Selain Kampung Melayu Raya, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Seri Gambut, turut terjejas adalah Kampung Paya Embun namun tiada pemindahan mangsa ke PPS.

Sementara itu, cuaca bertambah baik hari ini selain tiada hujan sepanjang hari bagi membolehkan mangsa-mangsa kembali ke rumah masing-masing setelah berada tiga hari di PPS ketika sambutan Aidilfitri. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN