Saya tak anggap ia masalah, tapi kerenah dalam industri - Sham Visa - Utusan Malaysia

Saya tak anggap ia masalah, tapi kerenah dalam industri – Sham Visa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menurut vokalis kumpulan Visa, Sham, dia sedar terdapat pro dan kontra dalam isu berbangkit ini namun tidak menolak bahawa kepincangan komunikasi menjadi penyebab utama yang boleh menimbulkan isu seperti ini.

Kata Sham, lazimnya pihak pengurusan memang diketahui berperanan mengendalikan kerjaya seseorang artis namun adakala boleh timbul salah faham antara tiga penjuru jika sesuatu kata sepakat tidak tercapai.

“Kepincangan komunikasi ada saja yang berlaku tetapi saya tak anggap ia satu masalah. Saya panggil ia sebagai kerenah. Satu pihak dengan satu cerita, satu pihak lagi ada cerita sendiri dan bila pakai wakil atau perantara ini, nak capai satu kata sepakat kadangkala susah.

“Bila ada banyak lapisan pihak, kegagalan komunikasi boleh berlaku dan menyebabkan salah faham. Tapi bila dapat berhubung dengan orang terbabit misalnya klien nak dapatkan artis itu secara terus, kerja akan jadi lebih jelas.

“Masalah kita kena cari solusi. Tapi kalau kerenah, kita kena bijak mengatasi hal yang berlaku. Ini pandangan sayalah,”katanya.

Pun begitu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini tidak menuding jari pada mana-mana pihak pengurusan dalam isu ini kerana masing-masing dianggap tentunya profesional dalam mengendalikan tugas.

Namun, Sham menasihatkan mana-mana artis muda, agar peka dan bersikap mahu ambil tahu dalam pengurusan kerjaya masing-masing dari bawah supaya tahu hala tuju dalam industri.

“Ada saja pengurusan yang memang tip top dalam memainkan peranan mereka, yang berkerenah itu mungkin segelintir. Tapi kalau ditanya sama ada saya okey bergerak tanpa pengurusan atau sebaliknya, saya akan cakap dua-dua pun okey.

“Saya ini, dari tahun 90-an dan terbiasa kerja sendiri. Zaman saya berbeza berbanding kini. Hari ini, artis pergi set penggambaran pun bersama pengurus, pembantu peribadi dan ada lagi orang lain sekali gus menunjukkan dia bergerak dalam satu organisasi besar.

“Kita dulu, ‘lone ranger’.Kalau pergi set atau show pun, baju angkut sendiri, susun sendiri, baca skrip sendiri, jaga jadual sendiri. Rasanya, lebih baik tahu proses dari bawah, tak kira artis atau kerja dalam bidang apa pun. Kena tahu dan faham kerja yang dibuat sebelum terbuka membenarkan orang lain menguruskan kerjaya kita,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.