Samun berkumpulan: Pemuda diperintah 200 jam khidmat masyarakat

Samun berkumpulan: Pemuda diperintah 200 jam khidmat masyarakat

PEMUDA berusia 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan samun berkumpulan. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah memboncengkan penyamun, seorang lelaki diperintah menjalani 200 jam tempoh khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu, tahun lalu. 

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, yang berusia 19 tahun membuat pengakuan tersebut sejurus selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara bersama-sama melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki sehingga menyebabkan kerugian bernilai RM500 dan semasa rompakan itu juga, tertuduh bersenjatakan parang. 

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 4.46 petang dj sebuah pasar raya di Taman Jasin Bestari dalam daerah Jasin pada 11 Jun 2021. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang merupakan pesalah muda didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta sama, dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama. 

Seksyen itu memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. 

Mengikut fakta kes, tertuduh bersekongkol melakukan jenayah itu dengan cara menunggang sebuah motosikal bagi menunggu rakannya melakukan samun sebelum bersama-sama melarikan diri. 

Terdahulu, Pegawai Prosedur Khidmat Masyarakat yang menyediakan laporan sosial tertuduh mencadangkan remaja tersebut menjalani khidmat masyarakat dalam tempoh tidak melebihi 200 jam, sepanjang dua tahun. 

Tertuduh kemudian merayu agar hukuman diringankan dengan alasan telah menyesal, selain perlu menjaga ibu yang sakit. 

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon agar hukuman setimpal diberikan. 

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam dengan cagaran sebanyak RM2,000 serta lapor diri kepada pegawai masyarakat setiap bulan atau dipanggil semula untuk penetapan hukuman baharu jika gagal berbuat demikian.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya