Sabah lancar Tabung Pendidikan Negeri bulan depan

Sabah lancar Tabung Pendidikan Negeri bulan depan

HAJIJI Noor (tiga kiri) bersama Mohamad Alamin (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Tokoh Guru, Nuinda Alias (tiga kanan) dan Madaile Basri (dua kanan) di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung PendidikanNegeri Sabah (TPNS) pada bulan depan bagi membolehkan lebih ramai anak Sabah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan TPNS sebagai salah satu inisiatif dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015-2023.

Beliau berkata, ia juga selaras dengan salah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya(SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, di bawah pemerintahan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN), beberapa inisiatif telah dilaksanakan bagi menyokong pembangunan pendidikan di negeri ini.

“Ini termasuklah usaha menyediakan 10,000 komputer riba kepada pelajar tingkatan lima dan enam di Sabah.

“Menerusi Belanjawan Sabah 2022, kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM13.9 juta bagi penyediaan pakaian seragam, kasut dan alat tulis yang melibatkan 289,204 murid,” katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Pengarah Pendidikan Negeri, Tah Nia Jaman.

Di samping itu, Hajiji berkata, kerajaan turut memperuntukkan bantuan kewangan menerusi Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (Budi) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) yang melibatkan dana sebanyak RM17.5 juta.

Kedua-dua bantuan itu memberi manfaat kepada 45,000 orang pelajar seluruh Sabah pada tahun lalu.

Malah katanya, kerajaan turut memberi bantuan berjumlah RM47 juta kepada badan agama bukan Islam serta sekolah vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian di Sabah pada tahun ini.

Dalam pada itu, Hajiji menasihatkan warga pendidik di Sabah supaya terus menjadi tonggak yang kukuh dalam melahirkan kemenjadian murid serta melahirkan sistem pendidikan yang sejahtera serta berkualiti.

“Sejajar dengan tema hari guru pada tahun ini ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’, kerajaan yakin dan percaya bahawa dengan adanya guru yang berkualiti tinggi baharulah bangsa dan negara mencapai kecemerlangan serta kegemilangan,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2022 kepada Datin Seri Dr. Nuinda Alias dan Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Madaile Basri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya