PETALING JAYA: Semua anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti tutup mulut berhubung butiran draf undang-undang tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau tidak boleh mendedahkan butiran RUU tersebut walaupun ia hampir dimuktamadkan dalam tempoh terdekat. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan undang-undang untuk menyekat Ahli Dewan Rakyat melompat parti itu bakal dibentangkan dan dibahas pada Jun ini.…