Rumah terbuka PM, Jemaah Menteri meriah - Utusan Malaysia

Rumah terbuka PM, Jemaah Menteri meriah

PENGUNJUNG rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri tiba seawal 7 pagi di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seawal pukul 7 pagi, orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum dan agama selain warga asing membanjiri Kompleks Seri Perdana di sini bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri.

Pengunjung beratur beramai-ramai mengikut giliran di bawah kira-kira 20 khemah yang disediakan di luar pintu masuk Kompleks Seri Perdana manakala untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU), mereka dibenarkan masuk melalui laluan khas.

Majlis tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang, tetapi pengunjung dibenarkan masuk lebih awal sekali gus tidak perlu menunggu lama sehingga pukul 10 pagi.

Tinjauan mendapati, kira-kira pukul 9 pagi kehadiran pengunjung semakin meningkat dan keadaan di pintu masuk berjalan lancar serta terkawal dengan kehadiran pihak berkuasa dan petugas melicinkan pergerakan.

Pengunjung terus bergerak masuk ke khemah utama yang menyediakan pelbagai juadah kepada orang ramai selain berpeluang bertemu Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Kira-kira pukul 10 pagi, Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di khemah utama dan sempat beramah mesra dan bersalam bersama rakyat yang sedang menikmati hidangan di meja disediakan.

Beliau dan isteri serta Jemaah Menteri yang lain bergerak ke pentas utama untuk beramah mesra dengan orang ramai yang menunggu dengan beratur mengikut giliran untuk bertemu dengan pimpinan negara.

Pengunjung, Ardi Anshah Baling, 40, berkata, dia dan isteri serta lima anak berusia 14 hingga 1 tahun tiba ke majlis tersebut pukul 8 pagi dari Cyberjaya menaiki kereta untuk meraikan rumah terbuka tersebut.

“Saya berasal dari Sabah serta tidak pulang ke kampung manakala isteri pula berasal dari Johor. Kali ini, kami ke sini untuk memeriahkan majlis rumah terbuka dan ini kali kedua saya datang ke Kompleks Seri Perdana.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, kami tidak dapat pulang ke kampung dan majlis rumah terbuka juga tidak diadakan. Jadi hari ini kita sama-sama meraikannya di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya