Rumah terbakar  ketika pemilik ziarah raya

Rumah terbakar  ketika pemilik ziarah raya

KEBAKARAN sebuah rumah separuh batu ketika penghuninya tiada di rumah kerana keluar beraya di Felda Kesumba Jengka 9 di Maran, Pahang. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Ketika kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih hangat dirasakan umat Islam di seluruh negara, sebuah keluarga di Felda Kesumba Jengka 9 di sini menerima dugaan berat apabila rumah pusaka  separuh batu musnah lebih 80 peratus akibat kebakaran petang ini.

Ketua Isi Rumah (KIR) terbabit, Ahmad Shah Ghazali, 50, berkata, ketika kejadian pada pukul 1.17 itu, tiada penghuni di rumah kerana dia dan keluarganya dalam perjalanan untuk berhari raya di Felda Kumai, Bera, dekat sini.

Katanya, dia bergegas pulang apabila dimaklumkan  jiran tentang kejadian itu yang memusnahkan peralatan rumah, pakaian dan dokumen-dokumen penting.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Raja Mohd. Arif Raja Shamsudin berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, lima anggota bomb ke lokasi kejadian.

“Laporan komander operasi terdapat lebih 80 peratus kebakaran rumah separuh kekal berkeluasan 40 kali 60 kaki persegi. Kejadian tidak melibatkan kecederaan mangsa dan kematian.

“Tindakan pantas pasukan bomba memadam kebakaran sehingga selesai dan memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya di sini.

Raja Mohd. Arif berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran sedang disiasat.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya berwaspada menggunakan bahan api termasuk mematikan punca elektrik ketika tidak digunakan apatah lagi rumah tiada berpenghuni,” katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Jengka 9, Shafiq Mohd. Refee berkata, penduduk tanah rancangan itu akan mengumpul dana bagi membantu membina rumah baharu mangsa.

“Saya percaya pihak Felda dan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan membantu mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya