RM4.6j untuk baik pulih, bina baharu rumah veteran ATM

RM4.6j untuk baik pulih, bina baharu rumah veteran ATM

DZULKARNAIN Ahmad (kanan) dan Haniza Mohamed Talha (empat dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada Mohamad Sahil Mat Said pada Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Kampung Sarin, Kuala Klawang, Jelebu. Negeri Sembilan. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) memperuntukkan sebanyak RM4.6 juta tahun ini bagi pembinaan baharu dan baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral  Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, kos tersebut membabitkan 250 unit rumah yang dibaik pulih bernilai RM17,000 seunit serta 28 unit bina baharu bernilai RM70,000 seunit.

“Rumah yang dibaik pulih termasuk membaiki struktur yang penting seperti lantai dan bumbung yang rosak. Pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) turut memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi pembinaan setiap unit rumah baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Kampung Sarin, Kuala Klawang di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi SPNB, Haniza Mohamed Talha; Panglima 1 Briged, Brig. Jeneral Mohd. Saifulhisham Baharom dan Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Malaysia (PVATM) Negeri Sembilan, Adnan Ahmad. 

Dalam majlis berkenaan, Koperal (B) Mohamad Sahil Mat Said, 53, menerima kunci rumah baharu yang bernilai RM70,000 yang dibina di atas tanah milik isterinya di kampung berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya