Ringgit jatuh tidak beri kesan besar terhadap ECRL - Utusan Malaysia

Ringgit jatuh tidak beri kesan besar terhadap ECRL

SEORANG pekerja melihat Terowong Genting Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang dalam pembinaan di Bentong, Pahang. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan besar terhadap pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketua Pembinaan Infra, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Noor Azlan Salleh berkata, buat masa ini pembangunan projek mega berkenaan masih mengikut peruntukan sedia ada yang ditetapkan sebanyak RM50.27 bilion.

“Kerja-kerja pembinaan berjalan seperti dirancang dan kita jangka tahun ini tidak ada isu besar sangat.

“Dari segi kenaikan harga barangan belum ada kesan besar buat masa ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama ECRL di sini hari ini.

KETUA Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak (kanan) mengiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil menyampaikan duit raya kepada anak yatim dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama ECRL di Kuala Nerus, hari ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

Dalam majlis itu, seramai 35 anak yatim dari Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Akhyar Maidam turut menerima bantuan duit raya.

Sementara itu, Noor Azlan berkata, sebanyak enam terowong ECRL siap ditembus setakat ini iaitu di Dungun dan Paka di negeri ini manakala bakinya di Pahang melibatkan Gambang 1, Sri Jaya, Kampung Alor Gading 1 dan Kampung Sentosa 3.

Katanya, dua terowong dijangka siap ditembus akhir Ogos depan iaitu di Kuantan dan Kampung Belimbing 4 diikuti 10 lagi akan dibina pada 2023.

“Keseluruhan 59 terowong dalam projek ini dijadualkan siap empat tahun dari sekarang sebelum kerja-kerja trek dimulakan.

“Buat masa ini kita belum memulakan kerja terowong di Selangor tetapi kita sudah berbincang dengan kerajaan negeri itu untuk mula bekerja bagi terowong di kawasan Gombak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya