RichWorks tunjuk bukti kejayaan usahawan jutawan, mana YouTuber?

RichWorks tunjuk bukti kejayaan usahawan jutawan, mana YouTuber yang buat tuduhan?

richworks
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: YouTuber yang mempersoalkan RichWorks tidak muncul meskipun setelah RichWorks  menampilkan bukti-bukti usahawan jutawan yang dilahirkan melalui bimbingan dan latihan mereka.

Menurut Pengasas dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, beliau jarang respons dan beri tumpuan pada persoalan-persoalan sebegitu namun terpanggil kali ini.

“Saya amat bengang bila ada orang mempersoalkan kejayaan dan pencapaian anak didik yang menyaksikan transformasi bukan saja bisnes malah kehidupan.

“Mereka memberikan komitmen tinggi bagi membina bisnes berjaya hasil daripada strategi dan metadologi yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi khas Weekly Zoom bersama ahli Titanium yang dikongsikan secara langsung bagi menjawab persoalan YouTuber berkenaandan segelintir netizen semalam.

Meskipun Azizan berada di New York bagi mengikuti program selama tiga minggu di Columbia Business School, beliau meluangkan masa lebih satu jam bagi memberikan bukti-bukti berkenaan.

Tambahnya, pihaknya kongsikan kedudukan tertinggi 100 dari 300 usahawan jutawan yang dikongsikan ini menjadi bukti dan menunjukkan semua orang sebenarnya boleh berjaya.

“Saya nak betulkan perspektif apa dikata, betul ke RichWorks ini melahirkan usahawan jutawan dan satu ‘skim cepat kaya’.

“Kita ada formula dan strategi yang betul, motivasi semata-mata tak cukup untuk membina bisnes yang berjaya,” jelasnya .

Sia-sia

Azizan memberitahu, kepada peniaga di luar jangan berniaga hanya pada tahap yang sama malah ala-ala saja.

“Orang berniaga sepatutnya buat duit, itu prinsipnya. Jika tidak buat duit bermakna anda tak buat dengan betul,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjawab persoalan jutawan di luar boleh berjaya tanpa ada mentor pun, Azizan memberitahu, bagaimana anda boleh tahu mereka tidak ada mentor.

“Setakat saya tahu, orang berjaya akan ada mentor yang bimbing dan memudahkan perjalanannya,” katanya.

Azizan juga sempat menemu bual salah seorang usahawan jutawan iaitu Pengasas premium sofa jenama Ella Furniture, Nur Laila Alway yang bermula dari rumah dan bisnesnya dalam keadaan ‘stuck’ sebelum dibimbing RichWorks.

Beliau seorang suri rumah baru mula bisnes sekitar Ogos 2019 dan keluarganya juga tidak ada pengalaman berniaga sebelum mendapatkan bimbingan RichWorks pada 2020.

Sebelum dibimbing, beliau hanya dapat jual 3 biji sofa seminggu yang bernilai dalam RM6,000 namun kini purata jualan sebulan RM1.5 juta dengan pengeluaran 40 sofa sehari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.