Remaja OKU ditemukan maut bilik tidur terbakar

Remaja OKU ditemukan maut bilik tidur terbakar

RAIS Yasin bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Paya Rumput, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) dilaporkan maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di tingkat lapan, Apartment Desa Bayan, di sini pagi tadi.

Pemuda berusia 18 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan melecur pada bahagian belakang badan di dalam bilik tidur rumahnya oleh pasukan bomba kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Semasa kejadian, pemuda tersebut dikatakan tinggal  bersendirian di rumah tersebut setelah bapanya keluar  bekerja di sebuah kedai berhampiran.

SEORANG remaja OKU maut dan melecur 50 peratus di bahagian belakang badan dalam kejadian kebakaran di bilik tidurnya di aras lapan, Apartment Desa Bayan, Bayan Lepas, Pulau Pinang pagi tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz.

Sebelum itu, kebakaran tersebut telah menggemparkan penduduk perumahan di situ apabila melihat asap tebal keluar dari tingkap kediaman mangsa kira-kira pukul 8.50 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN