PKR Cabang Tambun

Proses pengundian PKR Cabang Tambun lancar

MUHAMAD Arafat Varisai Mahamad (kanan) dan Mustapa Mansor ketika hadir dalam proses pengundian PKR Cabang Tambun di Bercham, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Proses pengundian PKR Cabang Tambun di Bercham di sini hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Ahli-ahli yang datang bagi pengundian secara fizikal, menjalankan tanggungjawab masing-masing sejak pukul 9.30 pagi.

Pengundian di Cabang Tambun menjadi tumpuan apabila dua calon bertanding untuk jawatan Ketua Cabang iaitu Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang dicabar oleh Mustapa Mansor.

Muhamad Arafat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta berkata, beliau yakin akan mempertahankan jawatan Ketua Cabang Tambun.

“Di Cabang Tambun ada lebih kurang 7,000 ahli dan yang layak mengundi ada 4,000 orang, tetapi biasanya yang keluar pengundi tidak begitu ramai.

“Setakat ini  saya yakin kalau cuaca baik dan semuanya lancar, 1,000 undi untuk saya tiada masalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui berhampiran pusat mengundi di sini hari ini.

Sementara itu, Mustapa berata, secara keseluruhan proses pengundian berjalan lancar.

Menurutnya, beliau yakin kempen untuk mengubah kepimpinan PKR Cabang Tambun dapat direalisasikan.

“Saya mahukan kemenangan tetapi dengan cara yang betul iaitu mengikut undang-undang.

“Saya mahu menyampaikan mesej kepada rakyat supaya mengamalkan politik nilai termasuk sopan santun, budi pekerti, saling menghormati dan mempunyai misi yang jelas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.