Projek lembu tenusu teknologi korea, tingkat pengeluaran susu

Projek lembu tenusu teknologi Korea, tingkat pengeluaran susu hingga 45 liter seekor

ABDUL Fattah Abdullah (kiri) menerima cenderahati selepas selesai merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan, di Kompleks Dagangan Mahkota di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Projek ternakan lembu tenusu melalui kerjasama Persekutuan Koperasi Pertanian Kebangsaan (NACF) Korea Selatan dijangka boleh mengeluarkan susu sekitar 30 liter hingga 45 liter bagi setiap ekor lembu.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, teknologi dan kepakaran NACF bagi pengeluaran anak lembu tenusu kacukan Korea, New Zealand dan Australia itu telah diusahakan menerusi Projek Berkelompok Koperasi.

Menurutnya, jumlah pengeluaran itu adalah dua kali ganda berbanding produktiviti lembu tempatan yang dianggarkan hanya sekitar 15 liter hingga 20 liter sahaja bagi setiap ekor lembu.

“Kita dapati di Malaysia industri ini masih kecil dan pengeluaran susu negara hanya sekitar 20 peratus sahaja. Melalui strategi ini pastinya boleh meningkatkan pengeluaran susu negara dan sekali gus mengurangkan kebergantungan susu import daripada luar negara khususnya New Zeland.

“Jadi, disebabkan itu, kita komited untuk membawa teknologi tenusu daripada Korea bagi menggandakan pengeluaran susu dalam negara kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan di Kompleks Dagangan Mahkota, Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Fattah berkata, sebelum ini Korea telah membekalkan 1,500 benih sperma jantan dan telah pun dikahwinkan secara permanian beradas dengan lembu betina baka Australia dan News Zealand.

“Projek perintis ini sudah bermula sekitar 2019 dengan hanya membekalkan 21 ekor lembu yang kini ditempatkan di pusat ternakan lembu tenusu di Kluang, Johor.

“Projek ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Jabatan Veterinar dan Koperasi Mardi akan memfokuskan kepada pembakaan serta pengeluaran susu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya