Profesional perlu anggotai jawatankuasa siasatan siasat kematian doktor

Profesional pelbagai bidang perlu anggotai jawatankuasa siasatan khas siasat kematian doktor pelatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jawatankuasa siasatan khas yang bakal ditubuhkan Kementerian Kesihatan bagi menyiasat kematian doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) harus dianggotai oleh agensi lain seperti golongan profesional dan ahli politik.

Pengerusi Parti Gerakan  Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, kementerian berkenaan tidak boleh lagi mengambil mudah dan harus memandang serius isu itu dengan dengan segera serta mengemukakan hasil siasatan secara terbuka.

”Kami menyambut baik tindakan yang diambil Kementerian Kesihatan untuk menubuhkan jawatankuasa siasatan khas untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian doktor pelatih ini. 

”Namun, kami juga berpendapat jawatankuasa siasatan khas ini harus dianggotai oleh agensi lain seperti golongan rofesional dan ahli politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih yang menjalani latihan di HPP dilaporkan maut terjatuh selepas mayatnya ditemukan di pekarangan bangunan di Jalan Datuk Keramat di sini.

Susulan insiden itu, KKM akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak atau task force bebas bagi menyiasat kes kematian doktor pelatih itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara tersebut termasuklah budaya buli yang didakwa berlaku.

Menurut Tong Keong, pihak berkuasa juga harus memahami antara faktor yang menyebabkan doktor pelatih itu memilih jalan menamatkan nyawanya sendiri. 

”Kematian doktor pelatih ini mungkin akibat tekanan susulan dengan waktu kerja yang terlalu panjang atau dibuli oleh doktor senior. 

”Graduan perubatan merupakan pelajar-pelajar yang bijak dan masing-masing mempunyai masa depan yang cerah, tetapi sayang sekali mereka memilih untuk membunuh diri apabila tidak tahan berdepan dengan ‘stress’,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, dengan keperluan perkembangan semasa, institusi pengajian awam harus menerima lebih ramai pelajar perubatan kerana dapat membantu negara melahirkan lebih ramai pakar-pakar dalam bidang perubatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN